Sunday 16 October 2011

Pengurusan Diri.. Mandi part 1

 Fakta Tentang Mandi....



Kajian berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang diterbitkan di dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam di dalam air suam dapat menurunkan paras gula dalam darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.
Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.
Mengeluarkan racun:
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.
Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan paras gula dalam darah. Suhu yang disyorkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.
Jangkitan kulit:
Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke dalam bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan adun sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.
Selesema dan sakit kepala:
Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang letih. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas itu, basuh kaki dengan air sejuk. Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.
Insomnia:
Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda yang mempunyai masalah imsonia atau sukar untuk tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi penyakit lelah, pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

Monday 3 October 2011

10 PANTANG LARANG TENTANG WARNA


Takut bermain dengan warna? Namun agak ragu-ragu untuk membuat pilihan warna di kediaman? Perlu diingatkan, jangan memilih gabungan warna yang lari daripada kelompok warna masing-masing. Misalnya jika anda memilih warna terang, elakkan menggandingkan ia dengan rona pastel atau urban pula. Nada warna yang berbeza menjadikan kediaman anda lari dari konsep asal dan hilang serinya. Ikutan panduan mudah sebelum memilih dan menentukan cat pilihan. Selamat berdekorasi!

1. Hijau merupakan rona selamat dan baik untuk mata. Malah, ia juga boleh disuai padan dengan apa juga konsep. Sejuk, segar, tenang dan kontempoari. Hijau kiwi kini antara pilihan hijau yang digilai dalam paparan kediaman.
2. Selalunya kita akan memilih rona putih sebagai sandaran. Sebenarnya anda boleh memilih rona yang seakan-akan dengannya supaya ruang tidak kelihatan membosankan. Cuba cari rangkaian warna shades of white yang menyajikan beberapa pilihan warna seperti putih kehijauan, kekuningan, kemerahan dan lain-lain.
3. Elakkan memilih rona yang terlalu terang seperti kuning terang, merah jambu terang dan biru terang sekiranya anda memilih kayu sebagai pilihan utama perabot. Sebaliknya pilihan warna yang organik seperti warna gandum, putih gading, perang madu, jingga dan sebagainya untuk mewujudkan suasana lebih harmoni.
4. Elakkan memilih rona yang gelap atau kusam di ruang makan. Tahukah anda ruang makan lebih indah jika dikenakan rona merah atau jingga kerana boleh merangsangkan anda untuk menjamu selera.
5. Siapa kata merah jambu warna feminin. Merah jambu pudar semakin menjadi kegilaan pereka dan
penggiat seni reka bentuk dalaman bagi mereka yang menggemari tema vintaj. Bukan pilihan warna ini boleh diterapkan pada kemasan lembut, bunga dan lain-lain.
6. Bagi yang memilih untuk mewarnakan dinding seperti kedesaan Inggeris, elakkan memilih rona yang lebih gelap pada bahagian atas. Warna yang gelap kelihatan ‘berat’ berbanding yang lebih terang. Jadi, adalah tidak logik untuk meletakkan sesuatu yang ‘berat’ pada bahagian atas dan sebaliknya.
7. Elakkan memilih rona biru nila sebagai warna utama kediaman anda. Ia akan menjadikan kediaman anda tampak kaku dan tidak ubah seperti balai polis.
8. Tidak semua kamar boleh dikenakan dengan rona biru. Secara psikologinya, biru member kesan mengecut atau menjadikan sesebuah ruang kamar menjadi lebih kecil dan sempit.
9. Bagi ruang bacaan, anda disarankan untuk tidak memilih rona garang. Ia bukan sahaja melarikan fokus pada bacaan tetapi mewujudkan suasana kurang selesa. Pilihlah rona gelap seperti perang atau hijau agar memberi peluang kepada mata untuk membaca dan fokus pada bahan bacaan.
10. Pastikan anda memilih warnawarna yang terang di kamar kanak-kanak seperti warna merah, kuning dan hijau. Pilihan warna-warna terang ini mampu merangsang minda si kecil untuk lebih cergas dan cerdas.

Tuala dapur bergaya


Bahan-bahan• Kain tuala • Kain kapas bercorak • Jarum peniti • Pensil kapur • Erasable pen • Gunting • Pembaris

Cara membuat
1. Lukis bentuk bulat dengan menggunakan erasable pen di atas tuala. Kemudian gunting. Ketepikan.
2. Ambil kain kapas bercorak dan gunting memanjang dengan kelebaran 2 inci untuk dijadikan sebagai bias tape.
3. Gunakan seterika dan lipat kain kapas tersebut seperti di dalam gambarrajah.
4. Jahitkan kain tersebut di sekeliling bulatan kain tuala mengikut garisan yang terhasil semasa proses seterika tadi.
5. Setelah siap, jahit pula di bahagian belakangnya dengan kemas.
6. Kain tuala dilipat empat dan tandakan bahagian bucu atas.
7. Pin kain tuala dengan potongan kain kapas bercorak yang telah dipotong berukuran 7 inci x 7 inci. Pastikan kedudukannya di tengah-tengah tanda yang dibuat tadi. Jahit kemas sekeliling.
8. Cantumkan bahagian penyangkut di tengah-tengahnya. Jahit kemas.


mungkin anda boleh cuba sendiri.... selamat mencuba

apron

Cantikkan apron dengan felt
Bahan-bahan
• Apron lama • Jarum jahit tangan nombor 10 atau 11 • Benang • Gunting • Kain felt pelbagai warna • Erasable pen (pen khusus yang digunakan untuk fabrik)

Cara membuat
1. Lukis motif yang diingini di atas kain felt.
2. Lukis setiap pecahan motif di atas kain berbeza warna untuk menampakkan hasil rekaan yang lebih menarik.
3. Gunting setiap pecahan motif dengan kemas.
4. Cantumkan guntingan motif di atas kain felt yang dipilih untuk menjadi dasar. Jahit kemas dengan teknik backstitch.
5. Setelah siap dijahit, gunting bahagian dasar mengikut bentuk yang telah dihasilkan.
6. Kemudian pin dengan jarum peniti ke bahagian apron.
7. Jahitkan kemas dengan menggunakan teknik backstitch.

selamat mencuba