ni la hasil projek apron murid pendidikan khas yang memakan masa berbulan- bulan nak disiapkan...
maklum le tak cukup kelengkapan. semua jahit pakai tangan je. takde mesin... kesian tak kat depa? cikgu dia lagi kesian. benang habis berbuku-buku... jarum dah guna berdozen2. mna yang hilang la... patah la....
bukan nak mengungkit. lama-lama pokai la cikgunya... maklum le peruntukan tak sampai ke tempat yang sepatutnya....
layan je la....
Thursday, 3 November 2011
Sunday, 16 October 2011
Pengurusan Diri.. Mandi part 1
Fakta Tentang Mandi....

Kajian berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang diterbitkan di dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam di dalam air suam dapat menurunkan paras gula dalam darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.
Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.
Mengeluarkan racun:
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.
Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan paras gula dalam darah. Suhu yang disyorkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.
Jangkitan kulit:
Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke dalam bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan adun sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.
Selesema dan sakit kepala:
Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang letih. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas itu, basuh kaki dengan air sejuk. Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.
Insomnia:
Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda yang mempunyai masalah imsonia atau sukar untuk tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi penyakit lelah, pendarahan hidung, selsema dan sembelit.
Monday, 3 October 2011
10 PANTANG LARANG TENTANG WARNA
Takut bermain dengan warna? Namun agak ragu-ragu untuk membuat pilihan warna di kediaman? Perlu diingatkan, jangan memilih gabungan warna yang lari daripada kelompok warna masing-masing. Misalnya jika anda memilih warna terang, elakkan menggandingkan ia dengan rona pastel atau urban pula. Nada warna yang berbeza menjadikan kediaman anda lari dari konsep asal dan hilang serinya. Ikutan panduan mudah sebelum memilih dan menentukan cat pilihan. Selamat berdekorasi!
1. Hijau merupakan rona selamat dan baik untuk mata. Malah, ia juga boleh disuai padan dengan apa juga konsep. Sejuk, segar, tenang dan kontempoari. Hijau kiwi kini antara pilihan hijau yang digilai dalam paparan kediaman.
2. Selalunya kita akan memilih rona putih sebagai sandaran. Sebenarnya anda boleh memilih rona yang seakan-akan dengannya supaya ruang tidak kelihatan membosankan. Cuba cari rangkaian warna shades of white yang menyajikan beberapa pilihan warna seperti putih kehijauan, kekuningan, kemerahan dan lain-lain.
3. Elakkan memilih rona yang terlalu terang seperti kuning terang, merah jambu terang dan biru terang sekiranya anda memilih kayu sebagai pilihan utama perabot. Sebaliknya pilihan warna yang organik seperti warna gandum, putih gading, perang madu, jingga dan sebagainya untuk mewujudkan suasana lebih harmoni.
4. Elakkan memilih rona yang gelap atau kusam di ruang makan. Tahukah anda ruang makan lebih indah jika dikenakan rona merah atau jingga kerana boleh merangsangkan anda untuk menjamu selera.
5. Siapa kata merah jambu warna feminin. Merah jambu pudar semakin menjadi kegilaan pereka dan
penggiat seni reka bentuk dalaman bagi mereka yang menggemari tema vintaj. Bukan pilihan warna ini boleh diterapkan pada kemasan lembut, bunga dan lain-lain.
6. Bagi yang memilih untuk mewarnakan dinding seperti kedesaan Inggeris, elakkan memilih rona yang lebih gelap pada bahagian atas. Warna yang gelap kelihatan ‘berat’ berbanding yang lebih terang. Jadi, adalah tidak logik untuk meletakkan sesuatu yang ‘berat’ pada bahagian atas dan sebaliknya.
7. Elakkan memilih rona biru nila sebagai warna utama kediaman anda. Ia akan menjadikan kediaman anda tampak kaku dan tidak ubah seperti balai polis.
8. Tidak semua kamar boleh dikenakan dengan rona biru. Secara psikologinya, biru member kesan mengecut atau menjadikan sesebuah ruang kamar menjadi lebih kecil dan sempit.
9. Bagi ruang bacaan, anda disarankan untuk tidak memilih rona garang. Ia bukan sahaja melarikan fokus pada bacaan tetapi mewujudkan suasana kurang selesa. Pilihlah rona gelap seperti perang atau hijau agar memberi peluang kepada mata untuk membaca dan fokus pada bahan bacaan.
10. Pastikan anda memilih warnawarna yang terang di kamar kanak-kanak seperti warna merah, kuning dan hijau. Pilihan warna-warna terang ini mampu merangsang minda si kecil untuk lebih cergas dan cerdas.
Tuala dapur bergaya
Bahan-bahan• Kain tuala • Kain kapas bercorak • Jarum peniti • Pensil kapur • Erasable pen • Gunting • Pembaris
Cara membuat
1. Lukis bentuk bulat dengan menggunakan erasable pen di atas tuala. Kemudian gunting. Ketepikan.
2. Ambil kain kapas bercorak dan gunting memanjang dengan kelebaran 2 inci untuk dijadikan sebagai bias tape.
3. Gunakan seterika dan lipat kain kapas tersebut seperti di dalam gambarrajah.
4. Jahitkan kain tersebut di sekeliling bulatan kain tuala mengikut garisan yang terhasil semasa proses seterika tadi.
5. Setelah siap, jahit pula di bahagian belakangnya dengan kemas.
6. Kain tuala dilipat empat dan tandakan bahagian bucu atas.
7. Pin kain tuala dengan potongan kain kapas bercorak yang telah dipotong berukuran 7 inci x 7 inci. Pastikan kedudukannya di tengah-tengah tanda yang dibuat tadi. Jahit kemas sekeliling.
8. Cantumkan bahagian penyangkut di tengah-tengahnya. Jahit kemas.
mungkin anda boleh cuba sendiri.... selamat mencuba
apron
Cantikkan apron dengan felt
Bahan-bahan
• Apron lama • Jarum jahit tangan nombor 10 atau 11 • Benang • Gunting • Kain felt pelbagai warna • Erasable pen (pen khusus yang digunakan untuk fabrik)
Cara membuat
1. Lukis motif yang diingini di atas kain felt.
2. Lukis setiap pecahan motif di atas kain berbeza warna untuk menampakkan hasil rekaan yang lebih menarik.
3. Gunting setiap pecahan motif dengan kemas.
4. Cantumkan guntingan motif di atas kain felt yang dipilih untuk menjadi dasar. Jahit kemas dengan teknik backstitch.
5. Setelah siap dijahit, gunting bahagian dasar mengikut bentuk yang telah dihasilkan.
6. Kemudian pin dengan jarum peniti ke bahagian apron.
7. Jahitkan kemas dengan menggunakan teknik backstitch.

selamat mencuba
Wednesday, 28 September 2011
tips memasang langsir dapur
Sudah menjadi trend kita menukar langsir setiap kali menjelang hari lebaran. Langsir-langsir lama disimpan. Setidak-tidaknya boleh digunakan ditempat lain. Pernahkah anda terfikir untuk memasang langsir lama bilik anda di dapur?. Tidak perlulah kita membazir. Nanti dulu...anda tidak boleh gunakan langsir lama. Kenapa?. Kerana fungsi dan aktiviti di dapur berbeza dan memerlukan perhatian yang sewajarnya semasa menghias rumah anda.
Langsir dapur lebih terdedah dengan kepanasan dan humidity berbanding di tempat lain. Langsir lama yang menghiasi ruang tamu atau bilik tidur anda sebelum ini mungkin materialnya dari jenis yang memerlukan penjagaan rapi atau cucian kering. Atau lebih tepat dipanggilheavy curtain. Tebal dan berat. Langsir yang tebal mudah memerangkap lembapan dan bau hapak. Jadi,light curtain (nipis dan ringan) lebih praktikal kerana beberapa sebab.
Langsir dapur sepatutnya membenarkan sejumlah cahaya matahari masuk untuk menambah kecantikan dapur anda secara semulajadi. Heavy curtain hanya akan menghadang cahaya, menjadikan suasana dapur gelap dan tidak sesuai untuk memasak. Jadi, elakkan daripada mengganggu laluan cahaya memasuki ruang dapur. Tetapi tidaklah terlalu jarang atau nipis hingga orang di luar boleh nampak dengan mudah.
Light curtain pula membolehkan bau masakan tersebar keluar melalui tingkap. Heavy curtain hanya akan memerangkapnya. Memilih kain langsir seperti lace, nylon dan cotton lebih sesuai. Langsir dapur juga sepatutnya senang untuk dicuci dan dijaga. Adakalanya hanya perlu dikibas untuk membuang debu.
Semasa hendak memasang langsir, pastikan jarak langsir selamat daripada api dapur yang mungkin boleh mendatangkan perkara yang tidak diingini. Jika terlalu hampir dengan dapur masak, mungkin idea anda kurang sesuai sebab langsir akan lebih mudah menyerap lembapan terutama wap daripada masakan. Seterusnya mungkin menyebabkan bau hapak menguasai ruang rumah anda. Seperkara lagi, bagi kes tertentu, langsir tadi mungkin juga akan memerangkap minyak daripada pelbagai jenis masakan yang akan meningkatkan risiko kebakaran.
Sekiranya tingkap dapur dekat dengan jalanraya, privacy mungkin jadi keutamaan dan anda sememangnya memerlukan langsir. Berapa jauh rumah anda dengan jiran. Jika berjauhan dengan jiran, terutama bagi anda yang duduk di kawasan sedikit terpencil daripada kesibukan, langsir dapur mungkin tidak perlu sangat. Anda boleh menikmati pemandangan luar ketika di dapur dan juga membenarkan sebanyak mana yang boleh cahaya masuk.
Warna peralatan, kabinet dan countertop dapur anda akan mempengaruhi stail langsir yang anda pilih. Langsir akan lebih nampak bergaya sekiranya padan dengan bahagian dalaman dapur yang lain. Anda juga boleh padankan warna langsir dengan lantai dapur, warna dinding ataupun wallpaper yang digunakan. Secara umumnya, gunakan langsir bercorak jika warna dinding dapur adalah solid. Dinding yang dihias dengan wallpaper lebih sesuai dengan langsir yang plain (tanpa corak).
Satu lagi yang penting adalah ukuran langsir. Berikan perhatian pada saiz dan panjang langsir. Langsir yang panjang dan labuh mungkin nampak cantik di tempat lain, tetapi bukan di dapur. Ukuran langsir dapur sepatutnya sama mengikut saiz tingkap. Langsir labuh mudah terkena percikan air, kotoran dan menyerap lembapan.
Masih belum jumpa langsir yang sesuai?. Satu lagi pilhan, anda boleh gunakan blind curtain. Mudah dijaga dan tidak mempunyai daya serapan. Sangat sesuai untuk menghalang pandangan dari luar terutama pada waktu malam, tetapi masih membolehkan cahaya masuk pada waktu siang. Anda juga boleh membuka tingkap untuk membenarkan udara segar memasuki ruang dapur rumah anda.
Langsir dapur lebih terdedah dengan kepanasan dan humidity berbanding di tempat lain. Langsir lama yang menghiasi ruang tamu atau bilik tidur anda sebelum ini mungkin materialnya dari jenis yang memerlukan penjagaan rapi atau cucian kering. Atau lebih tepat dipanggilheavy curtain. Tebal dan berat. Langsir yang tebal mudah memerangkap lembapan dan bau hapak. Jadi,light curtain (nipis dan ringan) lebih praktikal kerana beberapa sebab.
Langsir dapur sepatutnya membenarkan sejumlah cahaya matahari masuk untuk menambah kecantikan dapur anda secara semulajadi. Heavy curtain hanya akan menghadang cahaya, menjadikan suasana dapur gelap dan tidak sesuai untuk memasak. Jadi, elakkan daripada mengganggu laluan cahaya memasuki ruang dapur. Tetapi tidaklah terlalu jarang atau nipis hingga orang di luar boleh nampak dengan mudah.
Light curtain pula membolehkan bau masakan tersebar keluar melalui tingkap. Heavy curtain hanya akan memerangkapnya. Memilih kain langsir seperti lace, nylon dan cotton lebih sesuai. Langsir dapur juga sepatutnya senang untuk dicuci dan dijaga. Adakalanya hanya perlu dikibas untuk membuang debu.
Semasa hendak memasang langsir, pastikan jarak langsir selamat daripada api dapur yang mungkin boleh mendatangkan perkara yang tidak diingini. Jika terlalu hampir dengan dapur masak, mungkin idea anda kurang sesuai sebab langsir akan lebih mudah menyerap lembapan terutama wap daripada masakan. Seterusnya mungkin menyebabkan bau hapak menguasai ruang rumah anda. Seperkara lagi, bagi kes tertentu, langsir tadi mungkin juga akan memerangkap minyak daripada pelbagai jenis masakan yang akan meningkatkan risiko kebakaran.
Sekiranya tingkap dapur dekat dengan jalanraya, privacy mungkin jadi keutamaan dan anda sememangnya memerlukan langsir. Berapa jauh rumah anda dengan jiran. Jika berjauhan dengan jiran, terutama bagi anda yang duduk di kawasan sedikit terpencil daripada kesibukan, langsir dapur mungkin tidak perlu sangat. Anda boleh menikmati pemandangan luar ketika di dapur dan juga membenarkan sebanyak mana yang boleh cahaya masuk.
Warna peralatan, kabinet dan countertop dapur anda akan mempengaruhi stail langsir yang anda pilih. Langsir akan lebih nampak bergaya sekiranya padan dengan bahagian dalaman dapur yang lain. Anda juga boleh padankan warna langsir dengan lantai dapur, warna dinding ataupun wallpaper yang digunakan. Secara umumnya, gunakan langsir bercorak jika warna dinding dapur adalah solid. Dinding yang dihias dengan wallpaper lebih sesuai dengan langsir yang plain (tanpa corak).
Satu lagi yang penting adalah ukuran langsir. Berikan perhatian pada saiz dan panjang langsir. Langsir yang panjang dan labuh mungkin nampak cantik di tempat lain, tetapi bukan di dapur. Ukuran langsir dapur sepatutnya sama mengikut saiz tingkap. Langsir labuh mudah terkena percikan air, kotoran dan menyerap lembapan.
Wednesday, 14 September 2011
ATASI masalah ruang dapur sempit
:
1) AKSESORI
- Pilih aksesori yang sesuai.
- Pilih aksesori yang sesuai.
- Aksesori saiz kecil jika diletakkan dalam jumlah yang banyak boleh mewujudkan suasana berserabut.
- Dua atau tiga aksesori memadai.
- Pastikan ia praktikal seperti balang biskut, gula atau tepung yang boleh bersifat dwifungsi.
- Dua atau tiga aksesori memadai.
- Pastikan ia praktikal seperti balang biskut, gula atau tepung yang boleh bersifat dwifungsi.
2) SUSUN ATUR
- Susun atur meja dan kabinet dapur antara yang penting
- Jangan letak meja konsul dengan jambangan bunga besar di ruang terhad.
- Lebih menarik jika meja makan diletak di ruang lain.
3) WARNA
- Pilih warna yang terang untuk pemandangan lebih luas.
- Warna putih dan kuning cair antara yang dicadangkan.
- Warna lembut seperti ungu dan biru muda boleh diketengahkan.
- Elakkan warna coklat, merah atau kuning terang kerana ia membuatkan suasana lebih sempit.
Reka bentuk binaan kabinet dapur mempengaruhi aktiviti memasak dan keselesaan di ruang berkenaan.
1) Satu dinding
- Berbentuk memanjang dan kecil dengan satu dinding yang tidak mempunyai tingkap atau pintu.
- Mewujudkan jarak sesuai antara perkakasan dan ruang kerja kerana membabitkan pergerakan dari satu sudut ke sudut lain.
- Pastikan reka letak sinki di ruang tengah kerana ia sering digunakan.
2) Koridor
- Menawarkan penggunaan ruang yang praktikal dan antara pilihan utama tukang masak profesional.
- Penyediaan dua barisan memanfaatkan ruang untuk aktiviti memasak.
3)Bentuk G
- Sesuai untuk ruang lantai besar, tetapi kurang ruang dinding.
- Melengkapi konsep ringkas dan praktikal.
4)Bentuk Dua L
- Sesuai untuk ruang dapur yang luas,
- Praktikal untuk gaya hidup pemilik yang sibuk kerana memerlukan ruang kerja yang berlainan.
- Bentuk ini mencipta segi tiga kerja yang tidak mengganggu orang lain.
5) Bentuk L
- Membabitkan dua dinding dalam reka letak atau pelan lantai.
- Ia membentuk segi tiga secara semula jadi.
- Memudahkan perancangan susun atur perkakasan, storan dan ruang kaunter.
- Jika ruang kerja diletak berdekatan sudut dalam, laluan tidak mengganggu aktiviti memasak.
6) Bentuk U
- Biasanya terletak berdekatan dan tidak menyekat laluan pergerakan.
- Menyediakan tiga dinding penstoran.

Subscribe to:
Posts (Atom)